thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Semangat ‘Aik Muyang’ suku Temuan

Menjadi adat, pada penghujung Disember ke awal Januari, Orang Asli dari suku kaum Temuan akan bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan nenek moyang mereka sebelum melakukan upacara di sana.

Penduduk Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Banting menyambut ‘Aik Muyang’ pada setiap 29-30 Disember, berbeza dengan kampung Suku Temuan yang lain.

Menurut Tok Batin, Rahman Pahat, Hari Moyang disambut sebagai tanda penghormatan kepada 'semangat' yang menjaga keselamatan masyarakat Orang Asli Temuan.

"Upacara ini dimaksudkan sebagai tanda terima kasih kepada roh nenek moyang yang memberikan kesihatan, melindungi dari musibah dan memberi rezeki kepada masyarakat Orang Asli Temuan sepanjang tahun.

"Secara rutin, kami membersihkan kubur nenek moyang dan menyajikan pelbagai hidangan makanan serta minuman sebagai penghormatan kepada roh nenek moyang. Ini merupakan salah satu (upacara) tradisi yang dijalankan semasa sambutan."