thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Lompat-lompat BMX Street Bandit 

Pada 13 dan 14 Ogos lalu, acara dan pertandingan basikal BMX, iaitu BMX Street Bandit diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Acara yang mendapat sambutan hangat pada minggu lalu itu, menyaksikan sekitar 50 atlet dari pelbagai negeri mengambil bahagian dalam pertandingan acara bebas BMX.

Mereka menunggang basikal BMX dengan pelbagai aksi dan gaya di halangan-halangan yang berbeza selama 60 saat. 

Acara lasak itu dianjurkan oleh jenama terkenal Vans Malaysia bersama jenama tempatan Hikari Rider, yang sedang menempa nama dalam dunia fesyen. 

Untuk rekod, lagak gaya bebas BMX menjadi penampilan utama pada acara sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. 

Ia disertai oleh sembilan penunggang dari lapan negara yang bertanding dalam acara tersebut.