Orang ramai khususnya umat Islam mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berbuka puasa bersama keluarga di Dataran Merdeka, sambil menikmati keindahan Kuala Lumpur.
Pemandangan sebegini tidak asing lagi setiap kali Ramadan, namun aktiviti ini terpaksa ditangguhkan selepas wabak Covid-19 melanda Malaysia dua tahun lalu.
Kini suasasa kemeriahan berbuka puasa di Dataran Merdeka dapat dirasakan semula setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik.