Opera Xiekang Guat adalah salah satu daripada opera tempatan yang masih bertahan.
Mereka kini membuat persembahan untuk Festival Maharaja Dewa Sembilan di tokong Kau Ong Yah di Ampang, Selangor.
Pelakonnya terdiri daripada 13 orang warga emas yang serba boleh--daripada melakukan tata rias sendiri, menari, menyanyi, berlakon serta menguruskan pentas dan prop.
Semakin hari semakin kurang generasi muda terlibat dalam bidang ini.
Jika tiada perwaris, seni ini boleh pupus dalam tempoh 10 tahun di negara ini.