thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Nat Pokok Getah kembali hidup

Pada hari Ahad, di bawah teduh pohon pokok getah di Arau, Perlis para peniaga mula menyusun barang seawal jam 7.30 pagi untuk mencari rezeki sekaligus menghidupkan pasar sehari yang sudah dianggap legenda, Nat Pokok Getah.

Di utara tanah air, pasar sehari dipanggil ‘nat’. Lokasi nat akan berubah mengikut giliran hari dalam tempoh seminggu.

Setelah dua tahun ditutup kerana pandemik, Nat Pokok Getah dibuka semula sejak 16 Januari lalu.

Nat yang sudah menjadi latar pengalaman banyak generasi itu ibarat pusat sehenti. Orang ramai yang hadir seusai subuh akan singgah untuk bersarapan di gerai-gerai kemudian mula membeli belah barang basah, keperluan harian untuk dimasak ataupun mencari apa saja barang seperti pakaian baru dan terpakai, pokok bunga, alatan tukang, permainan kanak-kanak mahupun barangan elektrik.

Nat ini juga menjadi tumpuan peminat barang antik. Bahagian ‘pasar karatnya’ juga dianggap istimewa kerana bukan setakat peniaga dari negeri Perlis dan Kedah, malah peniaga dari Pulau Pinang juga berkumpul di sini.