thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Pasar Bisik Kuala Muda

Suasana tenang, tiada laungan atau teriakan yang kedengaran, hanya kelihatan beberapa individu berbisik sesama sendiri.

Selang beberapa minit, bilangan jari saja yang ditunjukkan sesama mereka.

Inilah amalan Pasar Bisik Kuala Muda di Kedah yang menjalankan urus niaga secara berbisik sejak sekian lama.

Amalan bisik sudah menjadi tradisi di sini.

Nelayan tidak mahu mengubah caranya kerana lelongan secara berbisik memberi kebebasan kepada mereka meletakkan harga kepada pembeli, termasuk peraih, pemborong atau pengusaha restoran.