Masyarakat Hindu akan menyambut perayaan Pongal bermula esok. Pesta menuai yang disambut dalam bulan Thai dalam kalendar Tamil itu melambangkan permulaan baru.
Pada hari itu, peruik tanah atau pannai akan menjadi pilihan untuk tradisi memasak nasi dan susu.
Di Kuala Selangor, terdapat satu perniagaan keluarga yang membuat pannai seama 60 tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka akan bekerja keras setiap kali perayaan itu tiba.
Perniagaan itu - Krishnan Pottery - kini dikendalikan oleh Mahavisnoo Krishnan. Dia adalah generasi ketiga selepas atuk dan ayahnya.
Sesebuah pannai memerlukan masa antara lima ke enam hari untuk siap. Mereka memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk menyiapkan kira-kira 30,000 tempahan kali ini.
Periuk tanah itu bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi juga diterbangkann ke Singapura.