thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Vaksinasi murid di hari pertama sekolah

Hari ini merupakan hari pertama murid kembali ke sekolah selepas menjalani pembelajaran dalam talian di rumah sejak kira-kira enam bulan lalu.

Selain dapat kembali bertemu rakan, pelajar di sejumlah sekolah juga akhirnya menerima vaksin Covid-19 mereka, yang pastinya akan mengurangkan kebimbangan berlaku penularan Covid-19 di kelas.

Antaranya di Sekolah Menengah KebangsaanTaman Tasik di Ampang, Selangor, di mana ibu bapa dilihat menemani anak-anak mereka beratur untuk menerima suntikan masing-masing.

Dengan hampir semua populasi dewasa sudah lengkap divaksin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) remaja dimulakan pada 23 September lalu bagi kalangan berusia 12 hingga 17 tahun.

Bermula hari ini dan semalam, kira-kira 143,000 pelajar sekolah di seluruh negara - kecuali Kedah dan Johor - memulakan kembali sesi persekolahan secara bersemuka.