Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di Kuala Lumpur, sempena perayaan Deepavali hari ini.
Sama seperti tahun lalu, sambutan dibuat dengan penuh kesederhanaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Di negeri di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), hanya mereka yang sudah lengkap divaksin dibenarkan menyertai aktiviti keagamaan dan sembahyang, serta berkunjung ke rumah keluarga.