Kawasan di Little India di Brickfields, Kuala Lumpur lazimnya ceria dan meriah dengan kehadiran masyarakat India membeli belah lebih-lebih lagi ketika saat terakhir mahu menyambut perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya.
Namun, kali ini, suasana itu menurut peniaga di sana adalah berbeza. Rata-rata mereka mendakwa orang ramai mengawal perbelanjaan dan memilih untuk berjimat cermat dalam pembelian tahun ini.
Musim tengkujuh yang bermula esok juga tidak membantu, Menurut peniaga, hujan yang lebih kerap dan berpanjangan membantutkan penjualan.
Masyarakat India yang beragama Hindu akan menyambut pesta cahaya pada 12 November ini. Malaysiakini juga mengambil kesempatan mengucapkan Deepavali kepada mereka yang meraikannya.