thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Tempat berlindung

Seramai 181 warga Kuala Lumpur yang tidak mempunyai kediaman ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana sejak 30 Mac lalu ketika perintah kawalan pergerakan memasuki fasa kedua mulai 1 April.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan, meluangkan masa melawat pusat itu bagi melihat secara dekat keadaan penghuni dan kemudahan yang disediakan di situ.

Menurut beliau semua penghuni dibekalkan dengan kemudahan yang perlu seperti tilam, bantal, sabun mandi, sabun membasuh baju, ubat gigi, berus gigi, tuala mandi dan juga tuala wanita.

Makanan percuma turut dibekalkan oleh badan amal bukan kerajaan.

Perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-18 memasuki fasa kedua mulai 1 April dan berlanjutan selama 14 hari.