thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Indahnya ‘sirih junjung’ KL

Jambatan Saloma yang juga dikenali sebagai Pintasan Saloma kini menjadi tarikan baru di Kuala Lumpur.

Laluan pejalan kaki 68 meter merentasi lebuh raya E12 (Akleh) itu menyambungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berdekatan LRT Kampung Baru dan Lorong Saloma.

Dengan kata lain, ia menyambungkan bahagian lama dan baru Kuala Lumpur.

Seni reka dan arkitek pintasan tersebut bertemakan sirih junjung yang simbolik dengan budaya Melayu.

Di samping reka bentuk menarik, pintasan tersebut mempunyai ciri pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

Pencahayaan pelbagai warna termasuk imej bendera Malaysia dapat dilihat pada waktu malam.