Dianggarkan kira-kira 300,000 orang memenuhi kawasan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya yang disambut meriah pada 31 Ogos 2018 dan menurut Bernama mereka tiba di situ seawal jam 5 pagi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku sejurus selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V tiba.
Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan anggota kabinet.