Tun Dr Mahathir Mohamad segera berdiri dan tunduk memberi tanda hormat kepada pemimpin dan perwakilan yang berkumpul di Shah Alam hari ini ketika namanya disebut sebagai pertaruhan terbaik dapat diberikan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menjadi sebak dan menitiskan air mata apabila Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pendirian rasmi mereka pada konvensyen yang diadakan Ahad lalu.