Seorang ibu mendakap erat anak gadisnya yang memulakan Tahun Satu di sebuah sekolah di Ampang, pada Selasa lalu.
Penggal sekolah bermula pada 2 Januari, 2018, selepas cuti akhir tahun berakhir Disember lepas.
Tempoh sekolah tahun ini juga melihat Program Dwibahasa (DLP) disambung dengan ejumlah 1,303 buah sekolah akan melaksanakannya.
DLP memberi pilihan kepada sekolah yang menyertainya untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, selain Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.