thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Semangat anggota SPRM

Para anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu rasmi SPRM buat kali pertama di ibu pejabat baru badan itu di Putrajaya.

Ketika merasmikan bangunan itu pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM, yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan anggota badan itu.

SPRM antara badan yang mendapat perhatian kebelakangan ini selepas mengadakan pelbagai operasi, termasuk skandal Jabatan Air Sabah dan isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation.

Pada majlis perasmian itu, Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Zulkifli Ahmad turut berkata badan itu telah merampas aset berjumlah RM334.53 juga antara Ogos 2016 sehingga Ogos 2017.