Malaysia berjaya mengikat Korea Selatan apabila seri 3-3 pada perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar malam ini.
Terdahulu, Malaysia mengejutkan juara Asia dua kali itu apabila mendahului 2-1 menerusi jaringan Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Hanapi.
Arif pula menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62.

Perlawanan berterusan ke masa tambahan dan Korea Selatan mendapat sepakan penalti apabila Oh Hyeon-gyu dijatuhkan pada 90+3 minit perlawanan.
Son Heung-min menjaringkan gol penalti untuk Korea Selatan mendahului dengan jaringan 3-2.
Semangat Harimau Malaya malam ini yang berjuang bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir perlawanan membuahkan hasil apabila Romel Morales membolosi gawang Korea Selatan pada minit terakhir masa tambahan 90+16 minit.
