Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Piala Dunia Qatar berjaya dalam segenap aspek - penganjur  
Diterbitkan:  Dec 19, 2022 4:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah melakar satu kejayaan selain mencapai tahap kecemerlangan tertinggi mencakupi segenap aspek dan dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyampaian dan Legasi (SC) Hassan Al Thawadi. 

Beliau berkata edisi Piala Dunia ke-22 mempamerkan usaha Qatar yang mengagumkan terutama berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza budaya dan agama dari seluruh dunia selain menyampaikan mesej keamanan melalui sukan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA). 

Perlawanan terakhir antara Argentina dan Perancis, gambar hiasan

Al Thawadi berkata kejohanan itu juga mencerminkan imej terbilang rantau ini dan keupayaan besar Qatar dalam menjayakan sebarang acara sukan.

Beliau berkata Piala Dunia tahun ini satu daripada edisi Piala Dunia terbaik dari segi kehadiran peminat di dalam dan di luar stadium. 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS