ADS
story images
story images
mk-logo
Berita
China desak Israel segera hentikan serangan terhadap Gaza

China menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman Israel baru-baru ini yang bertujuan memperluas operasi tentera darat serta menduduki wilayah Gaza, dan mendesak Israel menghentikan segera tindakan ketenteraan terhadap Gaza.

Demikian kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Fu Cong, dalam sesi terbuka tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada Khamis.

"Gaza kembali terperangkap dalam peperangan pada masa ini. Usaha bagi tujuan menghentikan konflik sebelum mengorbankan nyawa dalam bilangan lebih besar dan membawa malapetaka kemanusiaan, merupakan tugas yang paling mendesak bagi masyarakat antarabangsa, khususnya bagi Majlis Keselamatan.

"Pelbagai pihak perlu bertindak pantas untuk mewujudkan gencatan senjata yang berkekalan di Gaza.

"Selain itu, tindakan tulen perlu diambil untuk memulihkan akses barangan kemanusiaan ke Gaza, dan menghentikan sebarang serangan terhadap pekerja kemanusiaan," kata Fu.

ADS

Fu menambah, pelaksanaan “penyelesaian dua negara” adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu Palestin.

"Gaza, tebing barat Sungai Jordan, dan Baitulmaqdis Timur merupakan wilayah yang tidak boleh dipisahkan daripada negara Palestin.

"China menentang sebarang rancangan yang mahu memindahkan secara paksa penduduk Gaza dan sebarang percubaan untuk menakluki wilayah Gaza atau tebing barat," katanya.

- Bernama - CMG


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS