ADS
mk-logo
Berita
Pemilihan DAP: Gobind raih undi tertinggi, Guan Eng kekal, Teresa tersingkir

Menteri Digital, Gobind Singh Deo meraih undian tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dengan 2,785 undi.

Setiausaha Agung DAP sedia ada, Anthony Loke, berada di tempat kelima dengan 2,508 undi.

Pegawai pengurus pemilihan DAP, Desmond Tan ketika mengumumkan jumlah undi yang diperoleh Lim Guan Eng disambut dengan bunyi kekecewaan dan kejutan daripada mereka yang hadir di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam, Selangor.

Guan Eng jatuh 18 tangga berbanding tempat ke-8 dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sebelum ini.

Sementara itu, adiknya yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, gagal memperoleh tempat dalam senarai 30 anggota CEC apabila berada di kedudukan ke-31 dengan 1,573 undi.

ADS

Di tempat ke-30 ialah Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham, dengan 1,584 undi.

Turut tidak terpilih kali ini ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, serta penyandang Vincent Wu dan Thomas Su.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman yang kedua-duanya dipilih ke Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum lalu, berjaya mendapat tempat dalam CEC.

Antara muka baru yang terpilih ialah Setiausaha Politik Anthony Loke, Arul Kumar Jambunathan, Liow Cai Tung, adik kepada Gobind Singh, Ramkarpal Singh, Vivian Wong, serta Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS