ADS
mk-logo
Berita
Hab pengumpulan kurier disamun, RM46,000 dilarikan
Diterbitkan:  Mar 15, 2025 1:13 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Sebuah hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat kurier di Meru, Klang kerugian RM46,000 selepas disamun tiga individu bertopeng serta bersenjatakan parang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata kejadian berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa petugas sedang mengira wang tunai.

Ketika itu, katanya, sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru dinaiki tiga suspek bersenjatakan parang serta bertopeng tiba di hab berkenaan.

“Suspek kemudian melarikan wang tunai RM46,000 dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vijaya Rao menjelaskan, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan kesalahan samun berkawan menggunakan senjata.

ADS

Kataya usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pengawai penyiasat Insp Fazlan Rezza dengan menelefon 011-10561017,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS