ADS
mk-logo
Berita
Azam arah panggil semua untuk siasatan lanjut skandal rasuah Sabah

SPRM akan mengarahkan semua termasuk pemimpin Sabah yang didakwa terlibat dalam sklandal rasuah berhubung lesen carigali mineral di negeri itu untuk menghadiri satu lagi pusingan soal siasat.

Ini selepas pemberi maklumat yang dikenal pasti sebagai "Albert" mendedahkan video dan mesej WhatsApp Adun berkenaan berjumpa dengan SPRM dan membekalkan penyiasat dengan dakwaan bukti serta kenyataannya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata dia telah mengarahkan anggota penyiasat agensi itu untuk memanggil "semua yang terlibat" bagi memudahkan siasatan lanjut.

“Saya tak ada butirannya, tapi saya dah arah semua kena panggil untuk dirakam (semula keterangan) dan semua diminta (beri) kerjasama mereka.

ADS

“Saya dah arah panggil semua, whistleblower (pemberi maklumat) semua, kita panggil untuk jalan siasatan selanjutnya,” katanya.

Malaysiakini awal hari ini menghubungi Azam untuk mengemas kini beberapa kes berprofil tinggi yang sedang disiasat oleh SPRM.

Ditanya jika suruhanjaya itu menjangkakan untuk membuat sebarang tangkapan dalam masa terdekat, katanya, tiada rancangan seumpama itu ketika ini.

“Buat masa ini biar kami jalankan siasatan dulu. Tengok kes ini esok selesai kita akan kemuka pada DPP (timbalan pendakwa raya) untuk keputusan,” kata Azam.

Pemberi maklumat berusia 36 tahun itu, yang merupakan seorang ahli perniagaan, mendakwa bahawa dia telah merasuah beberapa Adun Sabah sebagai habuan untuk mendapatkan lesen carigali mineral.

Sejak November lalu, dia telah mendedahkan sembilan video dan sekumpulan mesej WhatsApp yang didakwanya sebagai bukti perbuatan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS