Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemimpin Bersatu kecam 'propaganda' kerajaan
Diterbitkan:  Jan 3, 2023 3:59 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman mengecam perkongsian SMS Kementerian Komunikasi Digital yang didakwa sebagai "propaganda".

Merujuk SMS yang menjustifikasi kewujudan pembentukan "kerajaan" sebagai langkah penyelesaian kerana ketidaktentuan pasca PRU15 berikutan tiada satu parti pun memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti mudah, katanya, ia adalah contoh salah guna kemudahan telekomunikasi kerajaan untuk berpolitik secara halus.

“Propaganda begini bagaikan mekanisme kerajaan komunis atau diktator yang mahu cuci otak rakyat supaya paksa terima naratif pemerintah,” kata Faiz.

Dia juga mempersoalkan sama ada kerajaan hari ini takut dan tidak yakin dengan penerimaan orang awam serta rakyat terhadap mereka hingga terpaksa menghantar SMS sedemikian.

“Sepatutnya SMS rasmi daripada kerajaan digunakan untuk menyampaikan perkara-perkara yang penting untuk orang awam atau hal kecemasan atau sebarang perkhidmatan untuk rakyat,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil untuk mendapatkan komen.

Dalam SMS yang dihantar itu, ia menyebut “kerajaan perpaduan adalah langkah penyelesaian berlandaskan perlembagaan persekutuan dan undang-undang.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS