ADS
mk-logo
Berita

Muhyiddin Yassin berkata, Perikatan Nasional (PN) akan berbincang dengan parti di Sabah dan Sarawak esok untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Pada masa sama gabungan itu juga terbuka untuk menerima mana-mana parti yang boleh menerima prinsip perjuangan PN untuk membentuk "kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil."

Pun begitu Muhyiddin menegaskan PN sama sekali enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

"No PH," katanya apabila ditanya media sama ada PN sedia menimbangkan kemungkinan bersama gabungan diketuai Anwar Ibrahim itu.

Terdahulu Ahli Parlimen Pagoh itu mengumumkan PN memperoleh 73 kerusi parlimen setakat ini dan masih menunggu keputusan di enam kerusi lain yang sedang dikira undinya.

ADS

"Kami akan mengadakan perbincangan esok, dan harap petang esok, kami boleh memuktamadkan (keputusan kami)," katanya dalam sidang media di Shah Alam awal pagi ini.

Muhyiddin turut memaklumkan pihaknya telah menerima surat dari Istana Negara namun dia enggan mendedahkan kandungannya.

“Telah diberi kepada kita (PN) perkara-perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi tak payah kita reveal (dedahkan). Perkara ni perlu kita ambil langkah secepat mungkin,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS