Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rusia nafi laporan perang dengan Ukraine akan tamat pada 9 Mei

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad menafikan laporan yang mendakwa Moscow akan menamatkan perang dengan Ukraine pada 9 Mei, sempena ulangtahun kemenangan Rusia terhadap tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

"Rusia tidak mahu percepatkan operasi khas di Ukraine sehingga ke Hari Kemenangan Terhadap Tentera Nazi, pada 9 Mei," demikian menurut laporan Agensi Anadolu yang memetik Lavrov berkata demikian kepada saluran televisyen Itali, Rete 4.

"Tentera kami tidak akan mengatur semula tindakan mereka untuk menamatkan operasi pada tarikh tertentu," katanya.

"Rentak operasi di Ukraine terutamanya bergantung kepada keperluan untuk meminima risiko terhadap populasi awam dan anggota tentera Russia”.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS