Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amerika dedah jumlah stok nuklear, miliki 3,750 kepala peledak
Diterbitkan:  Oct 7, 2021 1:16 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mengenai jumlah simpanan stok senjata nuklear negara, lapor Xinhua.

Sebuah laporan yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan simpanan stok itu terdiri daripada 3,750 kepala peledak (warheads) nuklear, setakat September 2020.

Simpanan stok itu merangkumi kepala peledak "aktif" dan "tidak aktif" serta kira-kira 2,000 lagi yang menunggu untuk dimusnahkan.

Pendedahan itu adalah yang pertama dalam empat tahun sekali gus merencatkan dasar diperkenalkan pentadbiran sebelum ini yang tidak mahu mendedahkan jumlah simpanan stok nuklear.

Menurut data terkini oleh Persekutuan Saintis Amerika lebih 90 peratus senjata nuklear global dimiliki kedua-dua negara itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS