Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
57 kematian hari ini - Korban keseluruhan lepasi 5,000
Diterbitkan:  Jun 28, 2021 8:12 PM
Dikemaskini: 12:14 PM

Sebanyak 57 kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan di Malaysia mencecah 5,001 orang atau 0.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 54 kematian melibatkan warganegara manakala tiga lagi bukan warganegara.

“Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan di Selangor, Negeri Sembilan (13), Johor (enam), Melaka (lima) dan masing-masing tiga kes di Kuala Lumpur, Labuan dan Perak. Sarawak, Kedah, Pahang dan Kelantan masing-masing mencatatkan dua kes kematian sementara satu kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara hari ini adalah 61,812 kes dengan 899 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 22 kluster baru Covid-19 direkodkan dengan 16 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja iaitu empat di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan masing-masing dua di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta tiap-tiap satu kluster di Sarawak, Kedah dan Kelantan.

Enam lagi adalah kluster komuniti membabitkan dua di Sarawak dan masing-masing satu di Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS