Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Kuching: Kadar ujian rendah beri gambaran tak tepat
Diterbitkan:  Jun 22, 2021 2:39 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mengingatkan kerajaan mengenai kadar ujian rendah di seluruh negara yang menurutnya akan menyebabkan lonjakan angka baru kes Covid-19 sekali gus menggagalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.

Jelasnya, kes rendah Covid-19 yang direkodkan semalam memberikan rasa selamat yang tidak betul kepada orang ramai kerana lebih sedikit ujian yang dilakukan di seluruh negara walaupun kadar positif yang lebih tinggi dicatat.

Rekod menunjukkan jumlah ujian Covid-19 yang dilakukan di negara ini telah menurun dengan ketara dari 126,480 pada 29 Mei kepada 58,384 semalam.

"Faktanya, kadar positif rata-rata untuk seminggu terakhir dari 15 hingga 21 Jun adalah pada kadar tinggi 7.1 peratus.

"Ini bermaksud angka harian kita dilaporkan kurang dan keadaan sebenarnya jauh lebih parah daripada yang dilaporkan," kata Yii dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin DAP itu juga menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan kes sporadik yang dikesan di negara ini dan kemungkinan wabak varian Covid-19 yang berlainan yang mungkin lebih mudah menular dan membawa maut.

"Tidak ada cara lain untuk mengesan kes-kes sporadik ini dengan lebih efektif selain mengubah dasar pengujian semasa dari sekadar menguji kontak rapat yang simptomatik, menjadi pengujian massa di setiap daerah, zon dan kemudian mengulanginya lagi di zon yang mempunyai kes tinggi," kata Yii.

Dia menyebut negara-negara lain seperti UK yang telah melakukan hingga satu juta ujian Covid-19 sehari untuk penduduknya dan mencatat kadar positif purata 0.8 peratus.

"Jadi, dengan itu, daripada memusatkan perhatian pada mengurangkan kes di seluruh negara kerajaan sekarang sepatutnya mengikuti saranan WHO untuk memiliki Kadar Positif 5 peratus ke bawah selama dua minggu sebelum mempertimbangkan untuk membuka kembali ekonomi.

"Kerajaan kemudian dapat melakukan pembukaan ekonomi yang disasarkan berdasarkan data lokal dan daerah berbanding melaksanakan sekatan penuh yang memberi kesan besar kepada ekonomi," tambahnya.

Yii juga menyorot harga ujian yang ditetapkan oleh sektor swasta, dan meminta kerajaan untuk mengawal harga perkhidmatan pengujian selain menetapkan harga siling untuk alat uji.

"Keputusan semasa oleh kerajaan untuk meletakkan harga siling alat pengujian itu sendiri tidak cukup kerana tidak termasuk perkhidmatan yang diberikan oleh sektor swasta, yang harganya tidak dikawal," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS