Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jawi saran masjid, surau solat hajat untuk rakyat Palestin

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di negeri itu melaksanakan solat sunat hajat malam ini susulan peristiwa serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid al-Aqsa sehari dua ini.

Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata solat sunat hajat itu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin daripada kezaliman tentera Israel diadakan selepas solat Isyak.

"Sesungguhnya doa yang dikirimkan dari kejauhan di bulan Ramadan yang penuh barakah adalah lambang solidariti umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan bagi mengecam serangan itu dan menentang kezaliman berterusan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media melaporkan tentera Zionis menyerang rakyat Palestin dengan merempuh masuk Masjid al-Aqsa menggunakan bom tangan, gas pemedih mata dan peluru besi dilapisi getah bagi menyerang jemaah di sana susulan pengusiran di kejiranan Sheikh Jarrah.

Lebih 200 rakyat Palestin tercedera dalam insiden kejam itu yang mengundang kecaman daripada pelbagai pihak di seluruh dunia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS