Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peralatan vape lebih RM300,000 dirampas di tebing Sungai Golok

Batalion ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas pelbagai jenis peralatan dan cecair vape bernilai RM310,360 yang ditemukan di dalam semak di pangkalan haram Awang Bunga dekat Kampung Limau Purut, Tanah Merah, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata bertindak hasil maklumat awam, pihaknya melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada 6 pagi semalam sebelum menemukan puluhan kotak yang disembunyikan di tebing Sungai Golok.

"Pemeriksaan mendapati kotak-kotak terbabit mengandungi 809 peralatan menghisap vape dan 2,780 botol cecair vape yang disyaki akan diseludup ke Thailand," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peralatan menghisap vape akan diserahkan kepada Jabatan Kastam sementara cecair vape pula akan diserah kepada Kementerian Kesihatan.

PGA9 akan terus meningkatkan kawalan bagi memerangi jenayah rentas sempadan dan kerjasama orang ramai amatlah dialu-alukan, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS