Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penerbit, penulis saman k'jaan atas pengharaman buku 'Gay is Okay!'

Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia diheret ke mahkamah atas pengharaman buku ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’.

Penerbit Gerakbudaya Enterprise dan penulis buku Ngeo Boon Lin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan perintah larangan bertarikh 27 November tahun lalu.

Pada 18 Disember tahun lalu, Bernama melaporkan Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan perintah larangan terhadap dua penerbitan, antaranya adalah buku "Gay is OK! A Christian Perspective" di bawah Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuatkuasa 27 Nov.

Setiausaha parlimen kementerian Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penerbitan itu dilarang kerana kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam.

Melalui firma guaman Tetuan AmerBon, tindakan undang-undang tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Februari tahun ini.

Menurut dokumen mahkmah yang dilihat oleh Malaysiakini hari ini, kedua-dua permohonan semakan kehakiman berkenaan mendakwa larangan itu tidak rasional dan tidak keseimbangan kerana tidak ada kejadian yang tidak diingini yang dicetuskan oleh buku itu sejak diterbitkan lebih tujuh tahun lalu.

"Buku tersebut telah dalam penerbitan selama lebih dari tujuh tahun. Sebenarnya, Bahagian Pertama buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 2010 hingga 2011.

“Responden pertama (menteri) telah gagal memberikan sebarang alasan mengenai bagaimana buku tersebut mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin memudaratkan kemoralan awam dan mungkin memudaratkan kepentingan awam.

“Responden pertama telah gagal untuk mengenal pasti bahagian mana dari buku tersebut yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin memudaratkan kemoralan dan mungkin memudaratkan kepentingan awam.

"Memandangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, larangan tersebut amatlah terlampau dalam menafikan logiknya dalam standard moral yang diterima bahawa tiada orang yang yang bersikap wajar yang telah menggunakan mindanya terhadap soalan yang diputuskan ini akan membuat keputusan yang sama,” katanya.

Kedua-dua mereka mendakwa bahawa tidak diberi kesempatan untuk didengar sebelum larangan itu dikenakan.

Mereka berpendapat bahawa hak mereka untuk didengar termaktub di bawah Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan, dan bahawa mereka mempunyai harapan yang sah untuk didengar kerana buku itu telah diterbitkan sejak September 2013.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS