Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Denda RM2,000 pukul wanita - AGC rayu hukuman lebih berat

Orang ramai melahirkan rasa terkejut dengan hukuman denda sebanyak RM2,000 yang dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas menyerang seorang wanita di Desa Petaling pada 16 Dis lalu.

Warga maya turut menyatakan rasa kesal atas sabitan hukuman berkenaan yang dikatakan gagal memberikan keadilan kepada wanita berusia 27 tahun itu.

Wanita berkenaan sebelum ini didakwa berulang kali ditumbuk oleh suspek sehingga mengalami pendarahan di mulut dan gusi akibat salah faham yang berlaku di sebuah kondominium.

Dalam catatan yang dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Snow Kwong, mangsa yang memakai pendakap gigi mengalami kesakitan dan benjol di kepala selepas dipukul.

Seorang lagi pengguna Facebook, Ricky Ong mengatakan denda sebanyak "RM2000 adalah 'kacang' bagi pemilik Mercedes yang juga suspek kes berkenaan. 

"Kesakitan dan kecederaan dialaminya lebih teruk berbanding denda," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook Jeremy Tankh juga menyatakan rasa terkejut dengan hukuman itu.

"Pukul wanita malang seperti itu hanya dikenakan denda RM2,000? 

Keadlian apa ini? Sekarang semua orang boleh pukul orang lain dan kemudian bayar RM2,000," tulisnya.

Dalam jawapan ringkas kepada Malaysiakini semalam (19 Dis), Peguam Negara Idrus Harun berkata pihak pendakwaan akan membuat rayuan mengenai keputusan itu.

"Kami akan mengemukakan rayuan," katanya dalam pesanan ringkas.

Dia diminta mengulas mengenai hukuman ringan yang dijatuhkan terhadap lelaki terbabit dan apakah Pejabat Peguam Negara akan menyemak semula kes tersebut.

Untuk rekod, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Denda maksimum bagi pertuduhan itu adalah penjara satu tahun, denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan membunyikan hon kereta terhadap pelaku yang didakwa menghalang lalu lintas ke tempat letak kereta di kondominium berkenaan.

Pelaku kemudian mengalihkan keretanya sebelum mendekati mangsa ketika wanita itu berjalan menuju ke lobi. 

Lelaki berkenaan dikatakan telah menarik rambut wanita terbabit dan terus memukulnya.

Rakaman CCTV kejadian itu juga dikongsi oleh pengguna Snow Kwong di laman Facebooknya.

Anak tertuduh dikatakan telah meminta maaf dan memohon kepada ibu mangsa agar tidak meneruskan tuduhan terhadap lelaki itu atas alasan bapanya mengalami tekanan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS