ADS
mk-logo
Berita
MP Raub, Pengerusi Samka ditahan kerana halang tugas penjawat awam
Diterbitkan:  Apr 14, 2025 5:58 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Pihak polis hari ini menahan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang.

Seorang pembantu Chow (gambar atas) berkata penahanan tersebut dibuat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Kedua-dua mereka ditahan pada pukul 4 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

"Sebarang kemas kini akan dimuat naik ke Facebook dan dimaklumkan kepada media secepat mungkin," kata pembantu tersebut.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, dalam satu kiriman teks mengesahkan penahanan tersebut.

ADS

Semalam, Ketua Polis Daerah Raub, Shahril Abd Rahman, berkata Chow dan empat individu lain akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di sebuah ladang durian di Raub.

Shahril berkata Chow, yang juga penasihat Save Musang King Alliance, dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, berdasarkan tiga laporan polis berkaitan operasi tersebut.

Minggu lepas, para pekebun durian bertembung dengan pegawai kerajaan negeri ketika mereka sedang menebang pokok Musang King di tanah yang dipertikaikan berhampiran Sungai Klau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS