Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekalan air di Sabak Bernam pulih sepenuhnya

Bekalan air di kesemua 38 kawasan di Sabak Bernam yang mengalami gangguan berjadual sejak semalam pulih sepenuhnya jam 2 pagi tadi.

Gangguan berkenaan berlaku ekoran kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

"Sentiasa gunakan air secara berhemat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Elina berkata pengguna boleh mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS