Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin: Idea penubuhan PN untuk pastikan Dr M kekal PM
Diterbitkan:  Nov 29, 2020 10:41 AM
Dikemaskini: 2:42 AM

Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali mendakwa, idea penubuhan Perikatan Nasional (PN) datang dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, tujuan penubuhan tersebut pada asalnya untuk menjadikan Mahathir seorang perdana menteri yang disokong oleh semua anggota parlimen dari kedua-dua belah pihak.

Azmin yang merupakan ahli politik di sebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan PN penubuhan PN yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, rancangan dibuat agar pilihan raya umum (PRU) diadakan pada Oktober namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana gelombang ketiga wabak Covid-19.

“PN bukan kerajaan pintu belakang kerana terdapat kekosongan jawatan (perdana menteri). Saya tidak mencadangkan pada masa itu. Jika kejadian (Mahathir letak jawatan) tidak berlaku- di mana kami ketuk pintu untuk masuk ke dalam dan keluarkan dia.

“Itu bukan dalam rancangannya,” kata Azmin dalam wawancara khas seperti dipetik portal The Star.

Azmin mendedahkan, sebelum Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Feb lalu, satu akaun berkanun (SD) merangkumi 131 sokongan anggota parlimen daripada pelbagai parti disampaikan ke Istana Negara.

“Ia menamakan dengan satu nama untuk perdana menteri - Dr Mahathir.

“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Mahathir dapat meneruskan sebagai perdana menteri,” katanya yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Langkah itu bertentangan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Mahathir sendiri untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumahnya (Mahathir) pada 23 Feb pukul 4 petang di mana dia berjumpa dengan enam ketua parti politik, termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg dan saya,” kata Azmin.

Azmin turut merujuk situasi ketika Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019, di mana semua pemimpin Melayu hadir kecuali Anwar dan mempersoalkan tindakan Mahathir untuk hadir ke kongres tersebut dengan Umno dan PAS.

“Kami dihurung krisis politik ketika Mahathir letak jawatan.

“Jika Muhyiddin tidak bertindak, seseorang mungkin akan ke Istana Negara dan memohon untuk jadi perdana menteri. Saya tidak akan biarkan hal itu berlaku.

“Pilihan yang ada untuk saya dan Muhyiddin adalah untuk tinggalkan PH,” kata Azmin yang juga merupakan bekas timbalan presiden PKR.

Azmin menambah, pada 24 hingga 28 Feb, ketika Mahathir menjadi perdana menteri interim, dia bertungkus lumus berusaha mendapatkan sokongan ahli parlimen.

“Jika tiada sokongan, tiada apa boleh dilakukan. Oleh kerana, tidak ada persidangan parlimen ketika itu, mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong harus memutuskan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

“Akhirnya, Muhyiddin dapat sokongan, Sudah tentu kami bentuk kerajaan baru, bukan melalui pilihan raya tetapi melalui krisis politik.

“Jika Mahathir tidak letak jawatan Isnin itu, dia akan kekal jadi perdana menteri dengan majoriti besar,” tegas Azmin.

'Agong buka pintu untuk kami masuk'

Azmin turut menafikan dakwaan bahawa PN adalah kerajaan pintu belakang.

“Agong telah buka pintu untuk kami masuk, jadi bukan kerajaan pintu belakang,” tegasnya.

Tambahnya, dia turut menyatakan bahawa tidak memilih Muhyiddin berbanding Mahathir.

"Saya rasa kita patut benarkan Muhyiddin pimpin, terutama ketika wabak melanda.

“Apa-apa pun yang dikata, saya rasa Muhyiddin buat tugas yang bagus- sangat fokus menguruskan wabak Covid-19 dan hal ekonomi," katanya.

Azmin turut mengaku, sekiranya tiada wabak Covid-19, pilihan raya sudah diadakan bulan lalu.

“Meskipun kami ada majoriti, dengan segannya, saya boleh kata majoriti kecil.

“Bila majoriti tipis, kerajaan lemah.

“Bila kerajaan lemah (atau) tidak stabil, kita tidak dapat fokus untuk membantu rakyat.

“Jika kamu tanya saya, sudah tentu kita akan kembalikan mandat kepada rakyat. Jika tanya saya sepatutnya pilihan raya bulan depan tetapi malangnya kita berdepan Covid-19,” katanya lagi.

Azmin turut mengakui susulan peningkatan mendadak Covid-19 ekoran pilihan raya negeri Sabah, pilihan raya bukan lagi satu pilihan.

“Rakyat tidak boleh terima kerana mereka mahu kerajaan kurangkan penularan Covid-19 dan bantu dari sudut pekerjaan dan memastikan mereka dapat bantuan makanan,” katanya menambah hanya kementerian kesihatan Malaysia (KKM) boleh memberikan lampu hijau untuk mengadakan pilihan raya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS