Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyCC, SPRM bekerjasama tangani isu ketirisan

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama untuk menangani isu ketirisan dalam perolehan khususnya melibatkan agensi kerajaan.

MyCC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kedua-kedua agensi bersetuju mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha mewujudkan platform kerjasama dengan lebih lancar.

Menurut MyCC, usaha itu penting ke arah meningkatkan ekonomi negara seiring dengan mewujudkan suasana ekonomi berdaya saing yang bersih dalam kalangan ahli perniagaan, syarikat atau firma perunding ketika menyertai projek-projek perolehan kerajaan.

“MyCC dan SPRM bersepakat dalam menangani isu ketirisan dalam perolehan kerajaan, penyiasatan bersama adalah perlu terutamanya bagi kes yang melibatkan tipuan bida dan rasuah sistematik.

“Ketika ini, MyCC sedang menyiasat tender bernilai lebih daripada RM6 bilion yang melibatkan lebih 600 syarikat yang mungkin mempunyai isu bukan sahaja mengenai penipuan bida tetapi juga unsur-unsur rasuah. Dengan kerjasama ini, akan ada penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap masalah tersebut,” menurut kenyataan itu.

Perkara itu dipersetujui hasil sesi lawatan MyCC ke Ibu Pejabat SPRM hari ini yang turut disertai Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS