Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tuntutan laut: Malaysia hantar bantahan 'keras luar biasa' kepada China
Diterbitkan:  Jul 31, 2020 9:27 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Malaysia telah menghantar bantahan "keras luar biasa" terhadap kepentingan China pada bahagian Laut China Selatan yang dituntut Malaysia, kata satu laporan.

South China Morning Post melaporkan semalam bahawa Malaysia telah menghantar nota lisan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 29 Julai.

Nota itu dilaporkan menyebut bahawa tuntutan China "bertentangan dengan (Konvensyen PBB untuk Undang-Undang Laut [Unclos]) dan tanpa kesan yang sah sehingga mereka telah melampaui batas-batas asas geografi dan hak maritim China di bawah konvensyen tersebut".

Dikatakan nota itu juga menolak keseluruhan nota sebelumnya yang dikeluarkan oleh China pada 12 Disember, yang merupakan respons terhadap penghujahan Malaysia kepada badan Unclos mengenai tuntutan bertindih di Laut China Selatan dan pembatasan perairan yang dituntut Malaysia.

"(Malaysia menolak) tuntutan China terhadap hak bersejarah, atau hak atau bidang kuasa kedaulatan lain, berkenaan dengan kawasan maritim di Laut China Selatan yang meliputi oleh bahagian yang relevan dari 'sembilan garis putus-putus'," kata nota lisan Malaysia yang dilaporkan itu.

Akhbar yang berpusat di Hong Kong itu memetik sumber yang tidak disebutkan namanya yang mengetahui pendirian Malaysia dalam perselisihan maritim, berkata perkataan dalam penghujahan Malaysia sangat mengejutkan, walaupun kandungannya mencerminkan penolakan lama Malaysia terhadap "sembilan garis putus-putus" China.

Nota lisan adalah bentuk surat-menyurat diplomatik yang dianggap kurang formal berbanding nota diplomatik.

Bagaimanapun, SCMP melaporkan nota lisan Malaysia mengikuti nota diplomatik serupa yang dikeluarkan oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Amerika Syarika, dan Australia dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

'Sembilan garis putus-putus'

"Nota-nota ini bukan nota diplomatik biasa antara negara-negara, tetapi diserahkan kepada setiausaha agung PBB dengan permintaan supaya surat itu diedarkan kepada negara anggota lain," kata SCMP.

China telah mengajukan tuntutan terhadap sebahagian besar Laut China Selatan berdasarkan "sembilan garis putus-putus" yang dilukis pada peta yang berasal dari penghujung tahun 1940-an. Tuntutan berkenaan tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

China telah berusaha untuk mengukuhkan tuntutannya dengan melakukan rondaan dan mempertahankan pangkalan tentera di Laut China Selatan walaupun terdapat bantahan dari negara-negara jiran dan AS.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Malaysia, Pengawal Pantai China (CCG) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China telah menceroboh perairan yang dituntut Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019 dan telah mengabaikan nota bantahan Malaysia mengenai pencerobohan itu.

Ini terutama berlaku di Beting Patinggi Ali, yang juga dikenali sebagai Luconia Shoals kata Jabatan Audit Negara itu. 

Pemeriksaan lanjut oleh Malaysiakini mendapati Kapal Pengawal Pantai China tetap mengekalkan kehadirannya yang hampir berterusan berdekatan kawasan itu.

Perselisihan itu masih diselesaikan melalui saluran diplomatik, termasuk rundingan untuk menetapkan tata cara di Laut China Selatan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS