mk-logo
Berita
Bachok bakal miliki kompleks mahkamah baru bernilai RM40 juta

Kerajaan telah mengenal pasti tapak seluas 1.2 hektar untuk menempatkan kompleks mahkamah baru di Bachok, menggantikan bangunan sedia ada yang sudah berusia lebih 40 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata pembinaan kompleks baru yang dianggar bernilai RM40 juta tersebut diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Bangunan mahkamah Bachok yang ada sekarang sebenarnya adalah bangunan kuarters Pejabat Tanah Bachok yang diubah suai dan kini tidak lagi mampu menampung keperluan, katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini hari ini.

Menurutnya pembinaan projek itu dijangka mengambil masa dua tahun.

Mengenai lawatannya hari ini, beliau berkata beberapa penambahbaikan perlu dilakukan ke atas Kompleks Mahkamah Kota Bharu sebelum bangunan tersebut dirasmikan.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS