Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tekong bot dipaksa terjun lepas disyaki hidap Covid-19
Diterbitkan:  Mar 30, 2020 3:36 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Seorang tekong bot warga asing dipaksa terjun ke laut oleh awak-awaknya selepas disyaki dijangkiti Covid-19.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik, tekong berusia 40 tahun itu dipaksa terjun kerana mengalami gejala batuk, selesema dan demam, sebelum terpaksa berenang sejauh satu kilometer dari pantai Pulau Bidong.

“Hasil temu bual, tekong bot itu dipaksa terjun dari bot selepas mengalami batuk, selesema dan demam, selepas beberapa hari mereka keluar menangkap ikan.

“Kita difahamkan, tekong bot nelayan itu dipaksa terjun ke laut ketika mereka memasuki perairan Pulau Bidong pada Sabtu lalu, sebelum bot itu berpatah balik ke negara asal,” katanya seperti dipetik BH.

Mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen ketika ditemui, kini ditempatkan di pusat kuarantin Marang, Terengganu untuk pemeriksaan lanjut setelah diselamatkan sepasukan polis marin.

Dalam perkembangan lain, Roslee mengesahkan seramai 63 orang ditahan kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP), dan sebanyak 42 kertas siasatan telah dibuka.

Tambahnya, operasi sekatan jalan raya ditambah dari 27 lokasi menjadi 64 bagi memastikan PKP dipatuhi.

Roslee turut memaklumkan seramai 40 orang anggota dan pegawai polis dikuarantin setakat ini, dua daripadanya sudah disahkan negatif.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS