Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Main belakang': Peluang terakhir Khairy pada September
Diterbitkan:  Jul 16, 2018 6:57 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Mahkamah Persekutuan menetapkan 12 September untuk mendengar rayuan  anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung bayaran ganti rugi sebanyak RM150,000 dan kos RM60,000 yang perlu dibayar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan oleh peguam Anwar, J Leela kepada Malaysiakini selepas pengurusan kes hari ini.

Pada Februri lalu. Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas menteri Belia dan Sukan itu dan memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah "samar dan cacat."

Pada September lalu, hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan memutuskan bahawa Khairy memfitnah Anwar dengan ungkapan "main belakang" yang dibuat dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada tahun 2008, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dalam menilai ganti rugi, Azizul mengambil kira bahawa tuduhan-tuduhan terhadap Anwar adalah serius, dibuat dalam satu acara umum, dan telah disiarkan secara meluas dalam media.

Hakim Azizul bagaimanapun tidak memberikan pampasan bagi ganti rugi teruk kerana menolak wujudnya niat jahat.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS