Semua anggota Umno diminta bertenang dan mematuhi serta menghormati undang-undang negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas anggota parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad ini kerana penahanan Najib itu perlu ada bukti dan kes yang kuat supaya ia bukan sekadar hanya memenuhi senario yang diada-adakan.
"Secara tidak langsung, kita akan pastikan juga undang-undang diaplikasikan agar tidak hanya menjadi sebahagian daripada senario yang berlaku semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu beliau menerima RM1 juta daripada Najib.
Sehubungan itu Shahrir berkata Najib pernah berpesan kepadanya supaya Umno jangan membiarkannya seorang diri berdepan dengan tuduhan.
Najib dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
- Bernama