Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki Umno adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat Umno dan akaun lain.

“Selagi memimpin Umno, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap Umno. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap semua anggota Umno akan bersama-sama beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, Umno akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa SPRM telah membekukan akaun Umno pusat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS