Makam Tao bagi menghormati mendiang Karpal Singh mengejutkan keluarganya tetapi mereka mengelak untuk mengulas mengenainya agar tidak menyinggung perasaan agama lain.
Anak Karpal, Ramkarpal Singh berkata, keluarganya tidak dibawa berunding apabila makam tersebut ditubuhkan pada 1 Mei yang lalu di Perak.
"Kami tidak dimaklumkan mengenainya oleh pihak kuil sebelum ianya ditubuhkan. Ini adalah sama sekali tidak dijangka.
"Kami tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana agama atau tradisi dan memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Makam itu ditubuhkan oleh kuil Tian Feng Gong di Teluk Intan.
Karpal yang merupakan ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP Kebangsaan meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Kampar pada 17 April 2014.