ADS
mk-logo
Berita
KDN pertahankan cop pada Al-Kitab
Diterbitkan:  Mar 17, 2011 3:47 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertahankan keputusannya meletakkan cop KDN pada Al-Kitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Kuching, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu amalan lazim.

NONE Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia berdasarkan amalan sebelum ini yang dilakukan termasuk semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun (Abdullah Ahmad Badawi).

Oleh itu, katanya, tiada sebarang niat untuk merosakkan kitab Injil

tersebut, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melayan cakap-cakap seperti itu.

NONE Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Hishammuddin juga menafikan dakwaan Bible Society of Malaysia (BSM), bahawa cop nombor siri pada kitab suci itu adalah satu amalan baru.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS