Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ben Amir tak nak pemimpin bersikap perkauman, rasuah
Diterbitkan:  Nov 19, 2022 11:28 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Hari ini menjadi penentu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan golongan penggiat seni mengharapkan pemimpin yang mementingkan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Pelakon Ben Amir antara yang tidak ketinggalan menyatakan pendiriannya terhadap pilihan raya kali ini.

Katanya kepada pengundi, buatlah keputusan dengan bijak.

“Kumpulan penunggang agama, pengkhianat negara, perompak, penipu yang mengkucar-kacirkan keharmonian negara dengan menggunakan sentimen agama dan kaum harus dibuang.

“Aku tak nak pemimpin yang bersikap perkauman, cetek akal, rasuah dan tidak ada kaliber sebagai pemimpin,” ciapnya.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin itu juga menciap mengenai perubahan negara dan tugas rakyat menuju ke arah itu.

“Terdapat banyak tentangan untuk berubah. Adalah menjadi tugas kita untuk cuba. Kerana jika tidak, kita benar-benar kerugian,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS