Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Don't Let Usman Awang Know dah bertukar
Diterbitkan:  Jul 8, 2019 9:00 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Selepas mendapat kecaman ekoran tidak menggunakan bahasa Melayu, penganjur pementasan Don’t Let Usman Awang Know kini tampil dengan pembaharuan pada reka bentuk iklan acah mereka.

Anak sasterawan negara itu, Haslina Usman, memaklumkan perkara tersebut melalui hantaran di akaun Facebook miliknya.

“Terima kasih Datuk Faridah Merican dan semua yang terlibat memperbetulkan isu poster pementasan penghormatan untuk arwah SN Usman Awang.

“Kami warisnya amat menghargai usaha semua yang terlibat,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu, Haslina menyatakan pihaknya kecewa - selain tidak berpuas hati - ekoran The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) meminggirkan bahasa Melayu dalam poster bertujuan mempromosi pementasan tersebut.

Haslina dalam kenyataannya memohon agar penganjur meletakkan terjemahan selain sari kata dalam bahasa Melayu.

“Kami tahu ia adalah pementasan dalam pelbagai bahasa. Oleh itu mengapa bahasa Melayu tidak ada dalam poster tersebut?” katanya.

Selain Haslina, beberapa penggiat seni seperti Zurainah Hassan dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) juga berkongsi perasaan sama terhadap isu tersebut.

Untuk nota, judul Don’t Let Usman Awan Know kini diubah kepada Jangan Beritahu Usman Awang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS