Prestasi Kewangan Keseluruhan
Prestasi kewangan KPJ Healthcare Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (TK2024) menunjukkan pertumbuhan yang mampan merentas metrik utama, didorong oleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan yang mengutamakan pesakit.
Pertumbuhan Hasil: Kumpulan mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 15%, mencapai RM3.92 bilion, berbanding RM3.42 bilion pada tahun sebelumnya.
Keuntungan Keseluruhan yang Lebih Kukuh: Keuntungan bersih selepas cukai meningkat kepada RM407 juta daripada RM270 juta pada tahun lepas. Ini disokong oleh pertumbuhan keuntungan sebanyak 20% daripada operasi berterusan berjumlah RM365 juta berbanding RM303 juta tahun lalu, termasuk keuntungan bersih daripada penjualan perniagaan penjagaan warga emas di Australia, yang direkodkan di bawah operasi yang telah dihentikan.
Pertumbuhan PATAMI: Kumpulan melaporkan peningkatan dalam perolehan hasil dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI), yang meningkat daripada RM263 juta kepada RM354 juta, sekaligus mencerminkan pertumbuhan berterusan dan prestasi kewangan yang kukuh.
Pelaburan Perbelanjaan Modal (CAPEX): Kumpulan telah melabur sebanyak RM406 juta dalam CAPEX pada tahun 2024, meningkat 66% daripada RM244 juta pada tahun 2023. Pelaburan strategik ini menyokong pembangunan infrastruktur, transformasi digital dan peningkatan perkhidmatan di seluruh rangkaian KPJ, memperkukuh daya tahan jangka panjang serta memajukan penyampaian penjagaan kesihatan.
Laporan Kewangan Utama
Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 (TK2024)
HASIL - MENINGKAT 15%
TK2024 : RM3.92 bilion
TK2023 : RM3.42 bilion
EBITDA - MENINGKAT 18%
TK2024 : RM987.80 juta
TK2023 : RM838.01 juta
PBT - MENINGKAT 40%
TK2024 : RM530.96 juta
TK2023 : RM377.94 juta
PATAMI - MENINGKAT 34%
TK2024 : RM353.82 juta
TK2023 : RM263.41 juta
MARGIN PATAMI - MENINGKAT 1%
TK2024 : 9%
TK2023 : 8%
DIVIDEN
Interim: 1.05 sen se saham
Istimewa: 0.10 sen se saham
berjumlah RM50.19 juta | dibayar pada 18 April 2025
Sorotan Operasi Utama
Kadar Penggunaan Katil (BOR)
TK2024: 69% (+2%)
TK2023: 67%
Kemasukan Pesakit
TK2024 : 388,101 (+7%)
TK2023: 361,987
Kunjungan Pesakit Luar
TK2024 : 3,002,621 (+2%)
TK2023: 2,958,134
Prospek Tahun 2025
KPJ Healthcare optimis terhadap prospek bagi tahun kewangan 2025, dipacu oleh rancangan pengembangan kapasiti yang kukuh serta pembangunan pusat kecemerlangan di seluruh rangkaian kumpulan. KPJ juga akan terus memperkasakan pelan penjanaan nilai 2025 melalui kaedah mengoptimumkan aset dan pengurusan kewangan yang berhemah bagi menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampan.
“Khusus buat para pesakit, pemegang saham, Lembaga Pengarah dan Team KPJ - kepercayaan, dedikasi dan sokongan padu anda menjadi inspirasi serta penggerak utama setiap usaha kami. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini yang telah menyumbang kepada satu lagi tahun dengan prestasi cemerlang bagi KPJ Healthcare.
“Sejak bermulanya perjalanan transformasi pada tahun 2023, kami terus memperkukuh pendekatan berorientasikan pesakit pada tahun 2024 melalui lima tonggak utama – Pesakit, Doktor, Insan, Rakan Strategik dan Alam Sekitar. Pelancaran KPJ Health System tahun lalu merupakan pencapaian penting dalam mengukuhkan komitmen ‘Care for Life’ menerusi integrasi penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan bagi meningkatkan hasil rawatan pesakit.
“Melangkah ke hadapan, KPJ kekal fokus terhadap pertumbuhan yang mampan dengan memanfaatkan teknologi, kerjasama strategik serta inovasi yang berpaksikan pesakit bagi untuk memperhebatkan pengalaman pesakit, memperluaskan pelancongan kesihatan dan mencipta nilai yang lebih besar untuk para pemegang saham.
“Pengurusan kos kakitangan yang merupakan cabaran lazim dalam industri ini, kekal menjadi keutamaan kami pada 2025. Pada masa yang sama, kami akan melipatgandakan usaha kami dalam pengoptimuman kos dan kecekapan operasi. Kolaborasi kami bersama pemegang kepentingan utama, termasuk kerajaan dan rakan kongsi industri akan turut menjana nilai strategik.
“Tahun ini, kami memacu visi yang mendahulukan digital, dengan AI memainkan peranan penting dalam menambah baik pengalaman pesakit dan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan. Walaupun masih di peringkat awal, transformasi ini adalah satu keperluan. Ketika kami terus mendepani arus perubahan, kelestarian, inovasi dan kecemerlangan akan kekal sebagai teras utama – memperkukuh komitmen kami untuk menawarkan yang terbaik kepada pesakit sambil membentuk masa depan industri penjagaan kesihatan.”
Chin Keat Chyuan
Presiden dan Pengarah Urusan,
KPJ Healthcare
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.