Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
NEXEA melabur RM2.5 juta dalam syarikat jualan berlian dalam talian terbesar, ZCOVA
Diterbitkan:  Jan 17, 2022 12:00 PM
Dikemaskini: 4:00 AM

ZCOVA, jenama barang kemas berlian yang dimulakan pada Julai 2015 oleh pengasasnya, Low Ziwei dan Low Ziyin dengan matlamat untuk merevolusi industri berlian.

Jenama ini telah memperkenalkan inovasi baru termasuk video berlian 360°, konsultasi maya peribadi, percubaan cincin maya menggunakan realiti terimbuh (AR) dan juga dwi pensijilan berlian kepada pasaran berlian Malaysia.

Matlamat muktamad di sebalik semua usaha berterusan ini adalah untuk menawarkan ketelusan dan kebolehpercayaan, agar membolehkan pelanggan membuat keputusan pembelian yang bijak dan memiliki pengalaman membeli yang positif.

“Sejak ditubuhkan pada 2015, ZCOVA berjaya membantu lebih 4300 pelanggan dengan penjimatan bernilai lebih RM 20 juta menerusi model perniagaan inovatif dan didikan pengguna yang berterusan. Dengan nilai dan prinsip ZCOVA (pendidikan, ketelusan, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan), kami berjaya mencapai pelanggan di seluruh negara dan meningkatkan permintaan bagi barang kemas ZCOVA.

Kami memastikan setiap pelanggan menerima sesi konsultasi peribadi, sama ada secara dalam talian (media sosial) ataupun luar talian di Pusat Pengalaman ZCOVA agar pelanggan kami menimba pengalaman yang padu. Ia selari dengan misi ZCOVA untuk menjadikan berlian lebih mudah diperolehi oleh semua orang dengan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Kami kini menawarkan pengalaman ini kepada lebih banyak lokasi, bermula dengan Johor.

Pusat Pengalaman Johor kami juga akan beroperasi sebagai hab wilayah selatan untuk memberikan pengalaman yang sama seperti ibu pejabat kami. Ia akan memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan kami di selatan,” kata pengasas bersama ZCOVA, Low Ziwei.

Walaupun berdepan pandemik, ZCOVA masih berjaya mengumpul RM 2.5 juta daripada Angel Investors NEXEA. Keyakinan pihak pelabur dibuktikan betul dengan hasil pertumbuhan ZCOVA sebanyak 450% daripada tahun sebelumnya.

“ZCOVA mempunyai model perniagaan yang sangat kukuh dan terbukti keberkesanannya di negara lain. Mereka mempunyai kelebihan daya saing yang sangat kuat dan mencapai prestasi terbaik di rantau Asia Tenggara.

Kami jangkakan ZCOVA menjadi pemenang utama dalam kalangan barisan barang kemas dalam talian, dan seterusnya berpeluang besar menjadi salah satu syarikat unicorn di rantau Asia Tenggara,” kata Ben Lim, Rakan Kongsi Urusan NEXEA.


Kandungan ini disediakan oleh Supernewsroom.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS