Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Israel melenting dengan sekatan Mahathir
Diterbitkan:  Jan 18, 2019 1:06 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Israel ternyata melenting dengan keputusan Malaysia menyekat kemasukan atlet negara itu untuk acara sukan para dunia di Kuching, Julai depan.

Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon menggeluarkan kenyataan yang menggelar keputusan Mahathir sebagai “anti-Semitisme melampau”, lapor Reuters.

“Ini memalukan dan sama sekali bercanggah dengan semangat Olimpik,” katanya.

Mahathir pada 10 Januari lalu menegaskan Putrajaya tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Malah kata Mahathir Malaysia juga bersedia jika penganjur menarik balik hak penganjuran kejohanan tersebut jika mereka tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan.

Sementara itu, Israel juga menggesa Jawatankuasa Paralimpik Antabangsa menukar venue perlawanan susulan keputusan Malaysia itu.

Mahathir, 93, sudah berdekad-dekad terkenal dengan pendirian kerasnya terhadap Yahudi.

IPC akan membincangkan perkara itu di London minggu depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS