ADS
mk-logo
Sukan
Ranking Fifa: M'sia jatuh satu anak tangga
Diterbitkan:  May 4, 2017 8:01 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Malaysia turun satu anak tangga kepada kedudukan 158 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Menurut laman web rasmi Fifa, www.fifa.com, penurunan ranking skuad Harimau Malaya itu disebabkan peningkatan tiga anak tangga oleh pasukan Mauritius yang kini menghuni tempat ke-157.

Kedudukan itu menjadikan Malaysia kekal dalam kelompok bersama Sudan (155), Papua New Guinea (156), Moldova (159), Singapura (160) dan Taiwan (161).

Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Korea Selatan (43), Jepun (44) dan Australia (50).

Sementara itu, tiada perubahan pada kelompok 20 pasukan teratas bulan ini dengan Brazil terus mendahului di depan negara jiran, Argentina, Jerman dan Chile.

ADS

Madagascar menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling besar bulan ini apabila naik sembilan tangga ke posisi 111 manakala Malawi merosot teruk iaitu turun 14 tangga kepada 114.

Ranking bulanan ini membabitkan 206 negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS